Semalam abah saya bagi berita yang enak didengar. Saya ingat telefon saya jatuh dan hancur berkecai, jadi saya perlu kumpul duit sendiri untuk beli baru. Ternyata abah sangat simpati pada saya. (perlu ke? kan saya dah ada pendapatan sendiri). Rezeki jangan ditolak. Jadi sekarang saya asyik ber'google' mencari apa yang terbaru. Ternyata saya sangat kuno. Saya tak tahu macam mana mahu baca spesifikasi setiap telefon yang di'google' tu. Hasilnya,
I Phone 4
abah mahu ke beli yang macam ni untuk saya.. atau yang ni ye abah..
HTC
saya sebenarnya tak tahu pun fungsi untuk semua telefon ni.. ok kita teruskan pencarian sehingga saya jumpa
Samsung Galaxy
sangat comel kan..
Ok.. Sudahlah dengan angan-angan saya.. Saya tidak kisah pun telefon bagaimana yang abah mahu bagi pada saya.. :)
Sekian angan-angan saya untuk hari ini.. Abah, moga esok saya dapat ber'google' menggunakan telefon baru ye.. Oh, sudah la..